Khamis, 16 Mei 2019 | 11:50am
SEBUAH rumah kayu dipercayai menjadi lokasi menjual loteri atau nombor ekor haram diserbu dalam satu operasi polis di Bau. - Foto ihsan PDRM
SEBUAH rumah kayu dipercayai menjadi lokasi menjual loteri atau nombor ekor haram diserbu dalam satu operasi polis di Bau. - Foto ihsan PDRM

Rumah kayu sarang loteri haram

BAU: Sebuah rumah kayu dipercayai menjadi lokasi menjual loteri atau nombor ekor haram diserbu di dalam satu operasi yang dijalankan di sini, semalam.

Serbuan menerusi Op Dadu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bau pada jam 5.30 petang itu berjaya menahan seorang lelaki dipercayai penjual loteri haram.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan, Poge Nyaon, berkata ketika serbuan lelaki berusia 47 tahun itu sedang leka dengan urusan jual-beli loteri.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM39, sebatang pen dan kertas putih tercatat angka disyaki nombor ekor haram.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, individu itu boleh didenda antara RM20,000 hingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

“Operasi sama akan diteruskan dari semasa ke semasa dan mengalu-alukan kerjasama orang ramai memberi sebarang maklumat,” katanya.

Berita Harian X