Sabtu, 4 Mei 2019 | 10:18am

Lima maut di Raub

KUANTAN: Lima daripada dua keluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung di kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Simpang Sungai Ruan di Raub, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 2.45 pagi itu juga menyebabkan tiga lagi parah dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.

Beliau berkata, mereka yang maut ialah Hasliza Arini Muhamad@hamid, 34, yang berasal dari Kampung Kelaburan di Tumpat, Kelantan dan anak bongsunya Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril yang berumur dua tahun.

Turut maut ialah Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Taman Aman Perdana, Klang, Selangor dan dua anggota keluarganya, iaitu seorang wanita dewasa dan bayi berusia sekitar setahun, yang masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nasrul Fakhri yang memandu kereta PERODUA Kancil dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur dipercayai mengantuk, lalu memasuki laluan bertentangan.

Lima maut selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di kilometer 348 jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. - Foto ihsan JBPM
Lima maut selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di kilometer 348 jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. - Foto ihsan JBPM

“Kereta itu bertembung dengan kereta PERODUA Myvi yang dinaiki lima beranak yang dipercayai mahu ke Kelantan, selepas pemandunya gagal mengelak ekoran jarak yang terlalu dekat,” katanya di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang parah ialah suami Hasliza Arini, Mohd Syaril Sulaiman, 44, dan dua anak pasangan itu Khaliesah Khairina, tujuh tahun, dan Dhia Afriena, lima tahun.

Beliau berkata, polis sedang mengesahkan identiti dua lagi mangsa yang belum dikenal pasti kerana tiada kad pengenalan dijumpai di tempat kejadian.

Jenazah semua mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Lima maut selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di kilometer 348 jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. - Foto ihsan JBPM
Lima maut selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di kilometer 348 jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. - Foto ihsan JBPM
Lima maut selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di kilometer 348 jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. - Foto ihsan JBPM
Lima maut selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di kilometer 348 jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. - Foto ihsan JBPM
Berita Harian X