Isnin, 29 April 2019 | 10:15pm
SEKITAR kawasan yang terjejas akibat ribut yang melanda dibeberapa tempat di Hulu Langat dan Dusun Tua petang tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
SEKITAR kawasan yang terjejas akibat ribut yang melanda dibeberapa tempat di Hulu Langat dan Dusun Tua petang tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
SEBAHAGIAN bumbung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua di sini dilaporkan tercabut diterbangkan angin kuat susulan hujan lebat.

Ribut melanda sekitar Hulu Langat

HULU LANGAT: Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi sekitar daerah ini susulan angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.

Insiden bermula sekitar jam 4.30 petang itu turut menyebabkan bumbung sebuah rumah mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, Maharris Manan, berkata pihaknya menerima satu laporan kejadian pokok tumbang dan menghempap bumbung sebuah kediaman di Batu 15, Jalan Kenanga, Bukit Kundang di sini, jam 4.45 petang.

Berikutan itu, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bergegas ke lokasi untuk memotong pokok berkenaan.

“Kediaman itu hanya mengalami kerosakan kecil di sebahagian bumbung dan penghuninya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima makluman satu kejadian pokok tumbang dan menghempap sebuah PERODUA Kancil di berhampiran berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua.

“Namun, tiada kerosakan serius atau sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

SEKITAR kawasan yang terjejas akibat ribut yang melanda dibeberapa tempat di Hulu Langat dan Dusun Tua petang tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
SEKITAR kawasan yang terjejas akibat ribut yang melanda dibeberapa tempat di Hulu Langat dan Dusun Tua petang tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi, berkata pihaknya menerima satu laporan kejadian pokok tumbang di Dusun Tua.

“Satu jentera bersama tujuh anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi untuk kerja pembersihan sebaik menerima laporan kejadian pada jam 5.03 petang.

“Pokok tumbang itu menghalang laluan di lokasi dan kerja pembersihan dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela Daerah Hulu Langat,” katanya.

Sementara itu, satu video menunjukkan kejadian angin kencang yang menerbangkan sebahagian bumbung bangunan didakwa berlaku di IKBN Dusun Tua turut tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Berita Harian X