Rabu, 17 April 2019 | 9:45pm
Seorang lelaki, Mohd Faizool Hanafi, 35 maut selepas motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di Jalan Salor Baru, di Kota Bharu petang tadi. - Foto ihsan Pembaca
Seorang lelaki, Mohd Faizool Hanafi, 35 maut selepas motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di Jalan Salor Baru, di Kota Bharu petang tadi. - Foto ihsan Pembaca

Maut rempuh lori

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori di Jalan Salor Baru di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, Mohd Faizool Hanafi, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata pemandu lori berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Pasir Mas ke Kota Bharu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan keluar dari simpang kiri sebelum melanggar pintu kiri lori terbabit.

“Pelanggaran mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan penunggang motosikal keluar dari simpang tanpa memastikan kenderaan dari laluan utama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X