Ahad, 14 April 2019 | 11:18am
Kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Kenari dan Mercedes E250 dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba Johor
Kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Kenari dan Mercedes E250 dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba Johor

Bayi 10 bulan maut kemalangan dua kereta

JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata Nur Auliya Inara Mohamad Nirzaudy Haiqal, yang juga penumpang hadapan kereta jenis PERODUA Kenari meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, selepas kereta yang dinaiki itu dilanggar kereta jenis Mercedes Benz E250 yang datang dari arah belakang di lorong sama.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian pada jam 1 pagi itu, Kenari yang dinaiki mangsa bersama ahli keluarga termasuk bapa yang juga pemandu berusia 29 tahun, selain ibunya berusia 22 tahun dan kakak mangsa berusia dua tahun, dipercayai datang dari arah Stulang Laut menghala ke rumahnya di Taman Tampoi Utama.

“Apabila sampai di tempat kejadian di Jalan Lingkaran Dalam (menghala ke Skudai), ketika Kenari berada di lorong kiri dari dua lorong jalan, secara tiba-tiba datang kereta jenis Mercedes E250 dari arah belakang di lorong yang sama melanggarnya.

Kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Kenari dan Mercedes E250 dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba Johor
Kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Kenari dan Mercedes E250 dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba Johor

Kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Kenari dan Mercedes E250 dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba Johor
Kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Kenari dan Mercedes E250 dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba Johor

“Akibat pelanggaran, pemandu Kenari itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar batu pembahagi jalan seterusnya berpusing sejauh kira-kira 30 meter sebelum terbalik di tengah jalan (di antara lorong kiri dan kanan jalan),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shahurinain berkata, pada jam 1.50 pagi, bayi itu meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, di sini.

“Bedah siasat dijalankan terhadap bayi perempuan itu pada jam 9.30 pagi ini di Jabatan Forensik, HSA.

“Bapa kandung bayi itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kepala dan kaki sebelah kiri kanan, manakala ibunya pula cedera parah di bahagian badan, kaki kiri kanan dan muka, selain kedua-duanya masih dirawat di Zon Merah HSA, di sini.

“Bagaimanapun, kakak mangsa yang juga penumpang belakang mengalami luka ringan di bahagian kaki sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing terhadap pemandu lelaki Mercedes E250 berusia 43 tahun itu menunjukkan keputusan negatif dari semua jenis dadah.

Katanya, pemandu Mercedes itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X