Jumaat, 12 April 2019 | 11:07am
Pemandu bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan iaitu calar di tangan kiri dan bahagian belakang badan. - Ihsan Bomba
Pemandu bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan iaitu calar di tangan kiri dan bahagian belakang badan. - Ihsan Bomba
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi tadi. - Ihsan Bomba
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi tadi. - Ihsan Bomba

Lelaki terselamat kereta terjunam dalam Sungai Gombak

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Gombak di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, pemandu berusia 22 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Sri Sina Segambut ke ibu negara untuk bertemu dengan seorang rakan sebelum kenderaannya hilang kawalan dan terbabas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh, berkata ketika kejadian, mangsa sedang memandu di lorong tengah di laluan tiga lorong itu sebelum hilang kawalan dan melanggar bahu jalan di sebelah kiri.

“Mangsa bersama Honda City dipandunya terjunam ke dalam sungai, bagaimanapun beliau bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan iaitu calar di tangan kiri dan bahagian belakang badan.

Seorang pemuda nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Gombak. - Ihsan Bomba
Seorang pemuda nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Gombak. - Ihsan Bomba

Keadaan kereta selepas terjunam ke dalam Sungai Gombak. - Ihsan Bomba
Keadaan kereta selepas terjunam ke dalam Sungai Gombak. - Ihsan Bomba

“Kita masih meneruskan siasatan berhubung punca sebenar kemalangan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, memaklumkan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Bagaimanapun mangsa sudah keluar sendiri daripada kenderaannya sebelum jentera bomba tiba ke lokasi.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Berita Harian X