Jumaat, 5 April 2019 | 8:27pm
SAKSI kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di KM 29.3 Lebuh Raya Persekutuan, 15 Mac lalu diminta tampil membantu siasatan.
SAKSI kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di KM 29.3 Lebuh Raya Persekutuan, 15 Mac lalu diminta tampil membantu siasatan.

Polis cari saksi kemalangan maut motosikal, kereta

PETALING JAYA: Saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 29.3 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke ibu negara pada 15 Mac lalu diminta tampil bagi membantu siasatan polis.

Dalam kemalangan jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai melanggar sebuah kereta jenis PROTON Wira sebelum susur masuk ke Jalan Klang Lama.

Skuad bawah 18 tahun (B-18). - Foto FAM
Skuad bawah 18 tahun (B-18). - Foto FAM

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar cermin hadapan kereta terbabit yang terlebih dahulu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Mangsa yang berasal dari Raub, Pahang cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pemandu kereta Wira berusia 27 tahun kemudian ditahan untuk siasatan, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan punca sebenar kemalangan.

Justeru, polis meminta kerjasama saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kes berkenaan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Mohamad Al Rassid Mohd Borhanudin di talian 019-9905570.

Berita Harian X