Selasa, 2 April 2019 | 4:11pm
Anggota bomba bersama APM berusaha mengeluarkan Rosman yang terbabit dalam kemalangan di KM37, Jalan Jasin-Chinchin, Jasin. - Ihsan pembaca
Anggota bomba bersama APM berusaha mengeluarkan Rosman yang terbabit dalam kemalangan di KM37, Jalan Jasin-Chinchin, Jasin. - Ihsan pembaca

Polis cedera parah rempuh belakang lori

JASIN: Seorang anggota polis berpangkat koperal parah pada kepala selepas terbabit kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 37, Jalan Jasin-Chinchin, di sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam nahas kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Rosman Idris, 58, memandu kereta PROTON Gen 2 manakala lori Nissan diparkir di tepi jalan dari arah bertentangan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal mendapati, mangsa memandu dari arah Simpang Kerayong, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan lalu merempuh bahagian belakang lori yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibatnya, mangsa tersepit dan parah pada kepala manakala pemandu lori, Abu Hanif Abu Samah, 50, tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini di rawat di zon merah di Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X