Sabtu, 30 March 2019 | 11:07pm
Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 439.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan. - Foto ihsan Pembaca
Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 439.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan. - Foto ihsan Pembaca

Dua cedera treler rempuh lori sampah

RAWANG: Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 439.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan, dekat sini, petang tadi.

Dalam kemalangan pada jam 3.40 petang itu, mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Nor Syafiq, 25, dan Ravindran, 35, masing-masing pemandu lori sampah dan treler.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata hasil siasatan mendapati treler itu hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori berkenaan yang rosak di lorong kecemasan.

Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 439.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan. - Foto ihsan Pembaca
Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 439.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan. - Foto ihsan Pembaca

Katanya, ia menyebabkan lori terbabit menggelungsur lalu melanggar belakang sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori sampah dan treler itu cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

“Pemandu Toyota Hilux dilaporkan selamat dan tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X