Khamis, 7 March 2019 | 9:34am
MOHAMAD Fuzi Harun. - Foto BERNAMA
MOHAMAD Fuzi Harun. - Foto BERNAMA

Polis tahan 'Danny A'antonio Jr'

KUALALUMPUR: Polis menahan seorang lagi individu, semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun FacKUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi individu, semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun Facebook mengguna nama ‘Danny A’antonio Jr’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan suspek berusia 28 tahun yang juga pemilik akaun Facebook berkenaan akan direman hari ini.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan.

“Siasatan ke atasnya juga akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” kata beliau.

Mohamad Fuzi sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk membuat provokasi berbaur perkauman.

“Jangan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dikalangan masyarakat majmuk di negara ini,” tegas beliau.

Difahamkan, Danny yang berasal dari Miri, Sarawak diberkas oleh orang awam di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini sebelum diserahkan kepada pihak polis dan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Semalam, polis turut menahan seorang lelaki kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di akaun Twitter 'Alvin Chow’ miliknya.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang semalam.

Kedua-dua mereka akan direman hari ini.

Berita Harian X