Jumaat, 15 Februari 2019 | 4:17pm
Seorang pemandu treler maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.- Foto ihsan PDRM
Seorang pemandu treler maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.- Foto ihsan PDRM

Pemandu treler maut, 4 cedera nahas tiga kenderaan

MUALLIM: Seorang pemandu treler maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini hari ini.

Nahas kira-kira jam 7 pagi membabitkan sebuah treler, lori dan pacuan empat roda (4WD) milik PLUS Ronda.

Pemandu treler, Hosnan Jambari, 59, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu PLUS Ronda berusia 39 tahun parah. Pemandu lori dan dua penumpang dalam kenderaan PLUS Ronda turut cedera.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati lori terbabit akibat rosak kira-kira jam 6 pagi dan pemandunya mendapatkan bantuan PLUS Ronda.

Seorang pemandu treler maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.- Foto ihsan PDRM
Seorang pemandu treler maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.- Foto ihsan PDRM

Katanya, anggota PLUS Ronda kemudian tiba dan berhenti di hadapan lori berkenaan di lorong kecemasan.

“Dalam proses membantu dan memeriksa lori yang rosak, tiba-tiba datang treler dari arah belakang dan disyaki hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang kanan lori sebelum terbalik.

“Pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, empat yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan sebelum seorang daripada mereka yang parah dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berikutan pendarahan dalaman di bahagian perut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X