Jumaat, 8 Februari 2019 | 9:09am
JENAZAH tiga mangsa lemas dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu. - Foto ihsan pembaca
JENAZAH tiga mangsa lemas dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu. - Foto ihsan pembaca

Jenazah 3 sekeluarga selamat dikebumi dalam satu liang

PADANG TERAP: Jenazah tiga sekeluarga mangsa lemas di Sungai Pedu, semalam, selamat dikebumikan di dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Terdahulu, jenazah dua beradik, Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16, dan Nor Shariza Hafiza, 14, serta datuk mereka, Mad Ramli Ibrahim, 65, dibawa ke masjid berhampiran tanah perkuburan itu untuk disolatkan kira-kira jam 11.50 malam.

Dalam pada itu, suasana pilu turut menyelubungi pekarangan rumah Allahyarham Mad Ramli di Kampung Tanjung Luar, Pedu, dengan kira-kira 500 saudara-mara, kenalan dan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir.

JENAZAH tiga mangsa lemas dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu. - Foto ihsan pembaca
JENAZAH tiga mangsa lemas dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu. - Foto ihsan pembaca

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, Nor Shafia Hafiza dan Nor Shariza Hafiza bersama seorang rakan mereka, Anis Umaira Mohd Ismail, 16, tiba-tiba dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Pedu.

Berikutan itu, Mad Ramli terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal apabila turut dihanyutkan arus deras.

Bagaimanapun, Anis Umaira berjaya diselamatkan penduduk kampung yang berada di tempat kejadian.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian ditemui terapung antara jam 2.26 petang hingga 5.35 petang di kawasan pencarian sejauh 100 meter dari tempat kejadian, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat.

Berita Harian X