Khamis, 7 Februari 2019 | 9:34am
YUS Heary Mahmud (dua dari kiri) meninjau lokasi mangsa lemas di Sudara Beach Resort, Bachok. - Foto NSTP/Nor Amalina Alias
YUS Heary Mahmud (dua dari kiri) meninjau lokasi mangsa lemas di Sudara Beach Resort, Bachok. - Foto NSTP/Nor Amalina Alias
MUHAMMAD Faiz yang dihanyutkan ombak ketika mandi bersama tujuh ahli keluarganya yang lain petang semalam telah ditemui subuh tadi kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas di Sudara Beach Resort, Melawi, Bachok. - Foto ihsan JBPM Kelantan

MAYAT Muhd Faiz yang dihanyutkan ombak ketika mandi bersama tujuh ahli keluarganya yang lain petang semalam telah ditemui subuh tadi kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas di Sudara Beach Resort, Melawi, Bachok. - Foto ihsan JBPM Kelantan

Pendawai ditemui lemas

BACHOK: Selepas lebih sembilan jam hilang, seorang pendawai ditemui lemas di Pantai Telong, Melawi, di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Muhd Faiz Abdullah, 26, ditemui pada jam 4 pagi dalam jarak kira-kira 500 meter dari lokasi dia lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud, berkata mangsa ditemui lengkap berpakaian baju T warna putih dengan seluar trek.

Katanya, dengan penemuan itu, pihaknya menutup operasi pencarian pada jam 4.30 pagi.

“Pihak kami serahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Semalam, Muhd Faiz yang tinggal di Kampung Seterpa, Peringat datang bersama 35 ahli keluarga hilang selepas mandi bersama tujuh ahli keluarga yang berkumpul bagi meraikan hari keluarga sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Mangsa yang juga anak ketiga daripada sembilan beradik dipercayai dihanyutkan ombak hingga ke tengah laut sebelum cuba berenang, namun gagal akibat ombak kuat.

Berita Harian X