Selasa, 29 Januari 2019 | 10:29pm
LOKASI seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, maut selepas digilis bas sekolah dinaikinya dalam kejadian di Jalan Mutiara 8, Taman Tenang, petang tadi. - Foto Ahmad Ismail
LOKASI seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, maut selepas digilis bas sekolah dinaikinya dalam kejadian di Jalan Mutiara 8, Taman Tenang, petang tadi. - Foto Ahmad Ismail

Pelajar maut digilis bas sekolah

SEGAMAT: Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, maut selepas digilis bas sekolah dinaikinya dalam kejadian di Jalan Mutiara 8, Taman Tenang, petang tadi.

M Ranjani Devi, 18, dari Johor Labis Estate, Chaah di sini, yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika bas terbabit menghantar mangsa dan pelajar sekolah lain pulang ke rumah.

“Mangsa dipercayai sedang berdiri di tangga pintu keluar bas berkenaan dan tiba-tiba terjatuh lalu digilis bahagian tayar kiri belakang.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Berita Harian X