X
Sabtu, 5 Januari 2019 | 4:21pm
MOHAMAD Fakhri Mohd Nawi, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala, badan, kaki dan tangan selepas digilis lori di Kilometer 16.3 Lingkaran Tengah 2 (MMR2) menghala ke pusat bandar berhampiran sebuah stesen minyak, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP

Lelaki maut digilis lori

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 16.3 Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke pusat bandar berhampiran sebuah stesen minyak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Fakhri Mohd Nawi, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika lori dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari arah Plaza Tol Gombak menuju ke pusat bandar cuba dipintas motosikal Yamaha LC 135 ditunggang mangsa.

“Bar pemegang motosikal mangsa terlanggar tayar belakang lori terbabit menyebabkannya terjatuh sebelum digilis lori. Mangsa yang cedera di kepala, tangan, kaki dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu lori terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Harian X