Isnin, 1 Oktober 2018 | 6:14am
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menaikkan mayat warga emas yang ditemui lemas di Sungai Jertih, Lubuk Kawah, Besut, selepas dipercayai terjatuh daripada rakit yang dinaikinya untuk menyeberang sungai, malam tadi. - Foto ihsan APM Besut

Warga emas lemas jatuh rakit

BESUT: Seorang warga emas ditemui lemas di Sungai Jertih, dekat Kampung Lubuk Kawah, Jertih, selepas dipercayai terjatuh daripada rakit yang dinaikinya.

Mangsa, Awang Saman, 71, dari Kampung Mata Air, Jertih, ditemui lemas tidak jauh dari lokasi rakitnya berhampiran tebing sungai di kebunnya.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mustafa Ismail berkata, mayat mangsa ditemui oleh anaknya, 11 malam tadi.

Beliau berkata, anak mangsa yang membantu operasi mencari ternampak mayat bapanya dalam keadaan terapung.

Katanya, mangsa keluar rumah petang tadi dan menaiki rakit menyeberang sungai itu untuk ke kebunnya seorang diri.

"Bagaimanapun sehingga 6.30 petang, mangsa masih tidak pulang ke rumah menyebabkan anaknya mengesyaki sesuatu buruk berlaku terhadap bapanya.

ANGGOTA APM dan Bomba membawa naik mayat mangsa yang ditemui di Sungai Jertih. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM dan Bomba membawa naik mayat mangsa yang ditemui di Sungai Jertih. FOTO ihsan APM

"Anak dan keluarga mangsa kemudian cuba mencari mangsa di kawasan kebun namun hanya menemui rakit milik mangsa di tengah sungai.

"Anak mangsa kemudian membuat laporan pada 8.30 malam, sebelum sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Jertih dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi turut dibantu 10 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung," katanya.

Berita Harian X