Rabu, 29 Ogos 2018 | 7:58pm
SEBANYAK 12 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bontoi, Menggatal, Kota Kinabalu, petang tadi.
SEBANYAK 12 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bontoi, Menggatal, Kota Kinabalu, petang tadi.

12 rumah musnah akibat kebakaran

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bontoi, Menggatal, dekat sini, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Laupen Nuar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang.

Beliau berkata, seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas serta Kota Kinabalu dihantar ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Kita berjaya mengawal api jam 5.10 petang namun sehingga kini operasi belum selesai sepenuhnya.

“Kebakaran merebak dengan cepat berikutan struktur rumah yang diperbuat daripada kayu,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, punca kejadian, anggaran kerugian dan jumlah mangsa yang terbabit masih dalam siasatan.

Berita Harian X