Ahad, 12 Ogos 2018 | 10:31am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung mayat Muhammad Nor Hafizul Norizan, 12, yang temui lemasdi sungai berhampiran Boardwalk, Kampung Pengkalan Gelap. - Foto Ihsan APM
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung mayat Muhammad Nor Hafizul Norizan, 12, yang temui lemasdi sungai berhampiran Boardwalk, Kampung Pengkalan Gelap. - Foto Ihsan APM

Mayat murid lemas di Boardwalk Setiu ditemui

SETIU: Mayat murid lelaki Tahun Enam yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Boardwalk Setiu, Pengkalan Gelap di sini semalam, ditemui pada 7.30 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata, mayat Muhammad Nor Hafizul Norizan, 12, ditemui bapa saudaranya ketika memanjat pokok berhampiran sungai dalam usaha mencari anak saudaranya.

AHLI keluarga membaca surah yasin sebaik mayat Muhammad Nor Hafizul Norizan, 12, yang temui bapanya dibawa ke naik ke darat. - Foto Ihsan APM
AHLI keluarga membaca surah yasin sebaik mayat Muhammad Nor Hafizul Norizan, 12, yang temui bapanya dibawa ke naik ke darat. - Foto Ihsan APM

"Semasa memanjat pokok, dia ternampak mayat mangsa timbul ke permukaan kira-kira 650 meter dari lokasi kejadian dan bertindak memaklumkan kepada pihak bomba," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat Muhammad Nor Hafizul diserah kepada polis untuk dihantar ke Hospital Setiu.

Menurut Mustafa, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 8.40 pagi.

Murid itu dilaporkan dibawa arus deras ketika mandi-manda dan mencari kepah bersama beberapa rakan tengah hari semalam. -- BERNAMA

Berita Harian X