Khamis, 5 Julai 2018 | 6:53pm
Seorang murid perempuan, Nur Damia Hannah Kamarudin, 11 maut selepas dihempap pokok ketika menaiki motosikal bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri jamuan Aidilfitri di FELDA Jenderak Selatan, Kuala Krau, di sini, petang semalam, manakala rakannya, Nur Nabila Natasya Mizan, 12, parah akibat kecederaan dalaman masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSAS). - Foto ihsan PDRM Pahang

Murid Tahun 5 maut dihempap pokok

TEMERLOH: Keseronokan dua sahabat yang pulang menghadiri jamuan Aidilfitri bertukar menjadi tragedi apabila seorang daripada mereka maut dihempap pokok dalam kejadian berlaku di FELDA Jenderak Selatan, Kuala Krau, petang semalam.

Dalam kejadian itu, Nur Damia Hannah Kamarudin, 11 menunggang motosikal bersama rakannya, Nur Nabila Natasya Mizan, 12.

Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang pokok tiba-tiba tumbang kerana angin ribut kuat lalu menghempap mereka.

Nur Damia Hannah kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini.

Mangsa, Nur Damia Hannah Kamarudin, 11 maut selepas dihempap pokok ketika menaiki motosikal bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri jamuan Aidilfitri di FELDA Jenderak Selatan, Kuala Krau. - Foto ihsan PDRM Pahang

Nur Nabila Natasya pula parah akibat kecederaan dalaman dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang, dua murid berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri jamuan Aidilfitri.

"Dalam perjalanan pulang itu, sebatang pokok tiba-tiba tumbang akibat angin ribut kuat lalu menghempap kedua-dua mangsa.

"Orang awam yang melalui tempat kejadian cuba membantu mangsa dan membawa mereka ke hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan ketika kejadian cuaca hujan dan angin kencang.

"Kedua-dua mangsa adalah murid Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Jenderak Selatan.

"Jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian selepas bedah siasat selesai dijalankan," katanya.

Berita Harian X