Khamis, 28 Jun 2018 | 2:17pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit pada treler yang terbabas di kaki jalan sebelum merempuh pokok kelapa di Jalan Kuala Pilah-Seremban, berdekatan Giat Mara di Kampung Parit. - Foto ihsan PDRM

Pemandu maut treler terbabas

KUALA PILAH: Pemandu treler maut apabila kenderaan itu terbabas sebelum merempuh pokok kelapa di Jalan Kuala Pilah-Seremban berdekatan Kampung Parit di sini, hari ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, Ismail Ibrahim, 57, membawa muatan minyak sawit mentah dari Triang 3, Bandar Bera, Pahang menuju ke Seremban.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

"Treler itu terbabas ke kaki jalan curam sedalam dua meter sebelum merempuh beberapa pokok kelapa.

KEADAAN sebuah treler yang terbabas di kaki jalan sebelum merempuh pokok kelapa di Jalan Kuala Pilah-Seremban, berdekatan Giat Mara di Kampung Parit. - Foto ihsan PDRM
KEADAAN sebuah treler yang terbabas di kaki jalan sebelum merempuh pokok kelapa di Jalan Kuala Pilah-Seremban, berdekatan Giat Mara di Kampung Parit. - Foto ihsan PDRM

"Akibat kejadian, mangsa maut di lokasi kejadian berikutan parah di kepala serta anggota badan," katanya.

Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Felda Triang 3 dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X