Ahad, 13 Mei 2018 | 3:01pm
KEADAAN bumbung zink yang diterbangkan ribut dalam kejadian di Jalan Kampung Pokok Mangga. - Foto Ihsan Bomba
KEADAAN bumbung zink yang diterbangkan ribut dalam kejadian di Jalan Kampung Pokok Mangga. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja mengalihkan kesemua runtuhan bumbung zink yang diterbangkan ribut dalam kejadian di Jalan Kampung Pokok Mangga. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja mengalihkan kesemua runtuhan bumbung zink yang diterbangkan ribut dalam kejadian di Jalan Kampung Pokok Mangga. - Foto Ihsan Bomba

Zink terbang disangka lembaga hitam

MELAKA: "Kalaulah saya memandu laju mungkin bumbung zink akan menghempap kereta dan menyebabkan kami tercerdera," kata pengguna jalan raya, Hendrick Chee, 30, yang nyaris terkena zink yang diterbangkan ribut dalam kejadian di Jalan Kampung Pokok Mangga, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu mengakibatkan bumbung hadapan sebuah pusat jualan kereta terpakai musnah selepas diterbangkan kira-kira lima meter di atas jalan raya.

Chee berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar seorang rakannya di kawasan perumahan berhampiran dan cuaca ketika itu hujan lebat beserta ribut dan angin.

"Disebabkan keadaan gelap saya memandu perlahan dan tiba-tiba saya ternampak seakan-akan 'lembaga hitam' terbang melayang kira-kira 50 meter di hadapan.

"Kami berdua bersyukur bumbung zink yang besar itu tidak menghempap kereta," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam sebelum lapan anggota bersama komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa hanya membabitkan struktur bumbung premis.

asukan bomba kemudian menjalankan kerja pembersihan selain terpaksa menggunakan pemotong besi bagi mengalihkan kesemua runtuhan bumbung," katanya.

Beliau berkata, kerja pembersihan hanya siap kira-kira tiga jam kemudian sebelum laluan dibuka semula.

Berita Harian X