Ahad, 22 April 2018 | 11:08am
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Cyber City, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Cyber City, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Bomba

Kereta meletup, dua terselamat

KOTA KINABALU: Dua sahabat terselamat selepas sempat keluar dari kereta yang terbakar dan meletup di Jalan Lintas Jaya berhadapan Open University Malaysia (OUM), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, pemandu kereta PERODUA Alza lelaki dan rakannya yang juga lelaki masing-masing berusia 20-an dipercayai dalam perjalanan pulang ke arah Kepayan, sebelum kereta berkenaan terbabit kemalangan dengan sebuah kereta Hyundai.

Akibat kejadian itu, kereta PERODUA Alza terbakar 100 peratus manakala dua lelaki yang berada di dalam kereta sempat keluar.

Pemandu kereta Hyundai, seorang lelaki berusia 68 tahun hanya cedera ringan pada bahu dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk rawatan lanjut.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Cyber City, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Cyber City, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.44 pagi.

"Sebaik tiba, operasi pemadaman api dijalankan membabitkan kereta PERODUA Alza yang terbakar. Api dapat dipadam sepenuhnya jam 6.06 pagi dan kereta berkenaan terbakar 100 peratus.

"Mangsa yang cedera dihantar menggunakan kenderaan awam ke HQE 1 untuk rawatan lanjut," katanya sambil menambah punca kejadian masih dalam siasatan.

Keadaan sebuah kereta selepas terbabit dalam satu kemalangan, di Jalan Lintas Cyber City, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Bomba
Keadaan sebuah kereta selepas terbabit dalam satu kemalangan, di Jalan Lintas Cyber City, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Bomba

Berita Harian X