Sabtu, 7 April 2018 | 11:25am

Lelaki maut motosikal rempuh kereta

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang merempuh kereta yang berhenti di bahu jalan di Jalan Sepanggar di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas jam 2 pagi, Alwie Bryan Ahmad, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian badan.

Motosikal mangsa pula hampir terputus dua, manakala bahagian belakang kereta Perodua Kenari terbabit remuk teruk tetapi pemandunya dilaporkan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 20 tahun dikatakan dari Sepanggar menuju ke Taman Jaya Diri.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta itu berhenti di tepi jalan untuk membuat panggilan telefon.

"Ketika pemandu berada di dalam kereta, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa terlanggar bahagian belakang Perodua Kenari itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ANGGOTA polis membawa mayat mangsa untuk dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat. - Foto Junaidi Ladjana
ANGGOTA polis membawa mayat mangsa untuk dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat. - Foto Junaidi Ladjana
SEORANG lelaki maut apabila motosikal ditunggang merempuh kereta yang berhenti di bahu jalan di Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu, awal pagi tadi. - Foto Junaidi Ladjana
SEORANG lelaki maut apabila motosikal ditunggang merempuh kereta yang berhenti di bahu jalan di Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu, awal pagi tadi. - Foto Junaidi Ladjana
Berita Harian X