Jumaat, 6 April 2018 | 5:44pm
KETUA Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah menunjukkan barang rampasan samun oleh warganegara Iran yang menyama sebagai polis antarabangsa. - Foto NSTP
KETUA Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah menunjukkan barang rampasan samun oleh warganegara Iran yang menyama sebagai polis antarabangsa. - Foto NSTP

Pelancong Iran menyamar polis antarabangsa

KUALA LUMPUR: Menyamar sebagai polis antarabangsa sebelum menyamun.

Itulah perbuatan sepasang suami isteri yang bertindak menyamun 21 pelancong warga asing di ibu kota sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu mengundang padah apabila berjaya diberkas pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 26 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek yang juga warganegara Iran tiba di negara ini pada Julai tahun lalu sebagai pelancong.

Menurunya, pasangan suami isteri berkenaan bertindak melakukan kegiatan jenayah dengan menyamar sebagai polis antarabangsa dan menyasarkan pelancong asing sebagai mangsa.

"Pasangan ini melakukan kegiatan jenayah bersama seorang lagi rakan. Mereka ini aktif di pusat bandar.

"Modus operandi suspek ialah dengan menahan pelancong dan akan memperdaya pelancong kononya pemeriksaan dijalankan keatas mereka sebelum menyamun mangsa," katanya pada sidang media di IPD Dang Wangi disini, hari ini.

Shaharudin berkata, semua suspek ditahan di rumah sewa di Seri Kembangan dan pemeriksaan polis di rumah berkenaan berjaya menemui wang tunai dari 24 negara bernilai RM11,400 dipercayai hasil wang samun.

"Selaain itu, polos turut merampas lima telefon pintar dan pelbagai dokumen peribadi," katanya.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 357 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X