Selasa, 20 March 2018 | 4:42pm
ASISTEN Komisioner Mohd Zani Che Din. - Foto Asyraf Hamzah
ASISTEN Komisioner Mohd Zani Che Din. - Foto Asyraf Hamzah

Peragut ditahan

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki peragut tegar dan menjadi buruan polis ditahan di Sungei Way di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata suspek berusia 20 tahun aktif melakukan ragut menggunakan motosikal di sekitar daerah ini.

Katanya, suspek menjadikan kawasan Sungei Way sebagai lokasi tumpuan untuk melakukan kegiatan ragut.

"Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan kegiatan ragut di sekitar daerah ini. Suspek dipercayai bergerak bersendirian sebelum meragut mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun di daerah ini dengan tertangkapnya suspek.

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan suspek lain dalam jenayah ragut," katanya.

Berita Harian X