Sabtu, 10 Februari 2018 | 7:36pm
MAYAT pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui rentung di bawah timbunan lori yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau - Telupid di Kampung Nabutan, di Ranau. - Foto ihsan Bomba
MAYAT pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui rentung di bawah timbunan lori yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau - Telupid di Kampung Nabutan, di Ranau. - Foto ihsan Bomba

Bomba temui pemandu lori rentung dalam gaung

RANAU: Mayat pemandu lori membawa muatan kelapa sawit sudah ditemui rentung di bawah timbunan lori yang terjunam ke dalam gaung sedalam 91 meter dan terbakar di Jalan Ranau - Telupid di Kampung Nabutan, di sini.

Bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa, yang belum dikenal pasti identitinya, selepas kerja mengalihkan lori itu dilakukan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1 petang, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas ke dalam gaung lalu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Jimmy Lagung berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 pagi, enam anggota beserta sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian di mana operasi turut disertai pihak polis.

Berita Harian X