Jumaat, 2 Februari 2018 | 4:05pm
ANGGOTA Bomba dan unit perubatan memberi rawatan kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tentera yang terbabas dan melanggar dua buah lori pickup di Lebuhraya Elite Menghala ke Seafield. - Foto Ihsan Bomba

KEADAAN lori tentera yang teibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tentera yang terbabas dan melanggar dua buah lori pickup di Lebuhraya Elite Menghala ke Seafield. - Foto Ihsan Bomba

4 tentera cedera kemalangan

SHAH ALAM: Empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cedera selepas lori dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan di KM3.1 Lebuhraya ELITE, menghala ke Seafield dari arah Shah Alam, pagi tadi.

Tujuh lagi anggota tentera terselamat dalam kemalangan yang turut membabitkan tiga lagi kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Produa Myvi serta dua buah lori satu tan.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddian Bukri, berkata empat anggota tentera yang tercedera itu sudah dikejarkan ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk rawatan.

"Kami menerima panggilan pada jam 10.04 pagi tadi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dengan sembilan anggota serta seorang pegawai dikerahkan ke lokasi.

"Tiba di lokasi, didapati sebuah lori milik ATM terbabit dalam satu kemalangan di KM 3.1 Lebuhraya ELITE menghala ke Seafield.

"Seramai empat anggota tentera mengalami kecederaan ringan, iaitu dua di kepala dipercayai terhantuk, manakala dua lagi cedera di pinggang. Mereka dihantar ke Hospital Shah Alam," katanya.

Difahamkan, akibat kemalangan itu, sebuah lori satu tan terbalik, manakala sebuah lagi lori sudah meninggalkan tempat kejadian sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi.

Alimaddia berkata, pasukannya turut membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.

Berita Harian X