Khamis, 25 Januari 2018 | 8:34pm
 ANTARA video lucah yang disediakan kepada pelanggan di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh ketika diserbu anggota polis dalam Ops Noda. - Foto L. Manimaran
ANTARA video lucah yang disediakan kepada pelanggan di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh ketika diserbu anggota polis dalam Ops Noda. - Foto L. Manimaran
SPA di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh diserbu anggota polis dalam Ops Noda. - Foto L. Manimaran
SPA di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh diserbu anggota polis dalam Ops Noda. - Foto L. Manimaran
SEBAHAGIAN daripada pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan tempatan yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh. - Foto L. Manimaran
SEBAHAGIAN daripada pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan tempatan yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh. - Foto L. Manimaran

Bayar RM210 dapat tonton filem lucah, khidmat seks

IPOH: Pakej urut, menonton filem lucah diikuti khidmat seks dengan bayaran RM210 menjadi modus operandi menawarkan perkhidmatan seks di pusat urut di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini petang tadi.

Operasi yang berselindung di sebalik pusat urut itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang diketuai Deputi Superintendan Mohd Sajidan Abdul Shukor menyerbu premis itu jam 6 petang tadi.

Dalam serbuan Ops Noda itu, seramai 14 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan tempatan berusia 30 hingga 40 tahun serta tiga lelaki termasuk seorang pemilik premis berusia 40 hingga 50 tahun ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata premis itu diserbu berikutan hasil risikan dan pemantauan polis selama beberapa minggu.

Beliau berkata, ketika serbuan tiga lelaki warga tempatan sedang mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati pelanggan membayar sebanyak RM210 bagi mendapatkan pakej tertentu termasuk pakej mengurut dan perkhidmatan seks.

"Dengan bayaran pakej berkenaan, modus operandi dipercayai bermula dengan mandian dan sauna sebelum pelanggan dibawa ke satu bilik untuk menonton filem lucah sambil mengurut kaki.

"Pelanggan kemudian memilih gadis GRO dikehendaki sebelum masuk ke bilik lain bagi mendapatkan perkhidmatan seks.

"Sekiranya pelanggan mahu membawa keluar GRO atau menginap di bilik hotel, mereka perlu membayar lebih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Yahya berkata, siasatan mendapati premis berkenaan dipercayai berselindung di sebalik lesen pusat urut yang sah sejak dua tahun lalu.

"Hasil daripada wang yang diperolehi bagi pakej berkenaan, pemilik premis dipercayai mengambil separuh manakala separuh lagi diberikan kepada GRO yang memberikan perkhidmatan seks berkenaan," katanya

.Beliau berkata semua tangkapan dibawa ke IPK bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu pengawalan premis pelacuran.

Berita Harian X