Rabu, 24 Januari 2018 | 7:18pm
Sebahagian daripada 40 penagih yang ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Ops Sarang, di sekitar Bachok. - Foto ihsan AADK Kelantan

Penagih lari masuk sawah elak dicekup

BACHOK: Tiga penagih ditahan berlumuran lumpur selepas melarikan diri ke kawasan sawah bagi mengelakkan dicekup penguat kuasa dalam Ops Sarang di Bachok.

Mereka ialah antara 40 penagih ditangkap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bachok dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dalam operasi bermula jam 5 pagi semalam dan berakhir jam 2 pagi tadi.

Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusoff, berkata penagih berusia antara 18 hingga 58 tahun ditangkap di empat sarang penagihan di Kampung Padang Lati, Kampung Telaga Ara, Kampung Nelayan Kandis dan Kampung Beoh.

"Ketika operasi di Kampung Padang Lati, tiga penagih bertindak masuk ke dalam sawah untuk melarikan diri, namun kepantasan anggota berjaya menangkap kesemua penagih," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Rusdi berkata, penagih terbabit sanggup meredah lumpur pada awal pagi untuk melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa ketika asyik melayan dadah di kawasan sawah padi di kampung itu.

Katanya, operasi hampir 21 jam itu juga berjaya menahan penagih tegar yang sering melepaskan gian di beberapa sarang penagihan dikesan di Bachok.

Beliau berkata, operasi diketuai Inspektor Mohd Sahizal Ahmad Zaki dengan disertai 12 anggota AADK dan lapan anggota PDRM.

Katanya, hasil saringan ujian air kencing mendapati 24 daripada 40 penagih berkenaan positif dadah jenis pil kuda dan morfin.

Kesemua mereka ditahan bawah Seksyen 51(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

Berita Harian X