Khamis, 18 Januari 2018 | 1:38pm
KEMALANGAN membabitkan sebuah kereta bertembung dengan lori tiga tan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, Tenom, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
KEMALANGAN membabitkan sebuah kereta bertembung dengan lori tiga tan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, Tenom, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, Tenom, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, Tenom, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, Tenom, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, Tenom, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

2 beradik maut, kereta bertembung lori

TENOM: Dua beradik maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori tiga tan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, pemandu kereta, Eng Vui Ying, 26, dan penumpang hadapan, William Eng Vui Yang, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kedua-dua penumpang bahagian belakang, Wilson Eng Vui Quan, 26, dan Fo Ket Tang, 27, cedera parah manakala pemandu lori berusia 48 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta dinaiki empat mangsa dari arah pekan Tenom menuju Lagud Seberang, dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tiga tan terbabit.

"Susulan pertembungan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta berkenaan manakala manakala dua penumpang belakang cedera parah.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tenom untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9 pagi dan menghantar sebuah jentera serta lapan anggota ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba terpaksa menggunakan alat khas untuk mengeluarkan mangsa selepas kereta terbabit remuk akibat kesan kuat bertembung dengan lori berkenaan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.12 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Berita Harian X