X
Selasa, 16 Januari 2018 | 8:16pm
Keadaan bahagian depan lori 10 tan yang remuk selepas terbabas san melanggar sebatang pokok di Jalan Layang-Layangan, Labuan. - Foto ihsan IPD Labuan

Lelaki maut lori langgar pokok

LABUAN: Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas lori dinaikinya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Layang-Layangan, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Jojo, 40, mati di tempat kejadian akibat cedera parah, manakala pemandu lori jenis 10 tan itu patah kaki kanan.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata siasatan awal mendapati lori dinaiki mangsa mengalami masalah brek ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok.

"Ketika kejadian, lori berkenaan datang dari arah Layang-Layangan menuju ke Merinding.

Keadaan bahagian depan lori 10 tan yang remuk selepas terbabas san melanggar sebatang pokok di Jalan Layang-Layangan, Labuan. - Foto ihsan IPD Labuan
Keadaan bahagian depan lori 10 tan yang remuk selepas terbabas san melanggar sebatang pokok di Jalan Layang-Layangan, Labuan. - Foto ihsan IPD Labuan

Ketika kenderaan bergerak dan sampai di satu selekoh, brek kurang berfungsi dengan baik lalu lori terbabas di tepi jalan sebelah kanan lalu melanggar pokok.

"Penumpangnya tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Nukleus Labuan, manakala pemandu lori patah kaki kanan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses bedah siasat dan rawatan lanjut.

Keadaan bahagian depan lori 10 tan yang remuk selepas terbabas san melanggar sebatang pokok di Jalan Layang-Layangan, Labuan. - Foto ihsan IPD Labuan
Keadaan bahagian depan lori 10 tan yang remuk selepas terbabas san melanggar sebatang pokok di Jalan Layang-Layangan, Labuan. - Foto ihsan IPD Labuan

Berita Harian X