Jumaat, 12 Januari 2018 | 3:26pm
ASISTEN Komisioner Afzanizar Ahmad.- Foto Rasul Azli Samad
ASISTEN Komisioner Afzanizar Ahmad.- Foto Rasul Azli Samad

Suspek Geng Tebuk masih bebas

MELAKA: Polis memburu suspek ketiga Geng Tebuk yang masih bebas, selepas dua daripada anggota kumpulan penjenayah itu mati ditembak polis di Sungai Udang, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata setakat ini siasatan masih diteruskan di lokasi kejadian.

"Siasatan di tempat kejadian masih diteruskan lagi pada hari ini.

"Sehingga kini, suspek ketiga Geng Tebuk yang sebelum ini berjaya meloloskan diri masih belum ditahan," katanya dihubungi sebentar tadi.

BH semalam melaporkan, dua anggota kumpulan itu berusia 30-an mati ditembak polis di sebuah pasar raya di Taman Bandar Baru, Sungai Udang, selepas dipercayai cuba memecah masuk sebuah kedai emas.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, suspek yang juga warga asing terdahulu melepaskan tembakan ke arah polis sebaik menyedari dikepung dan diarah menyerah diri.

Seorang daripada mereka juga melibas parang ke arah polis.

Ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 14 kes pecah masuk premis kedai emas di Nilai, Negeri Sembilan; Gebeng (Pahang); Alor Gajah (Melaka); Lembah Klang dan Terengganu dengan nilai kerugian mencecah RM1 juta.

Berita Harian X