Ahad, 31 Disember 2017 | 12:30pm
SEORANG kontraktor berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap dua tuduhan merogol anak tirinya berusia 15 tahun. - Foto Zaman Huri Isa
SEORANG kontraktor berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap dua tuduhan merogol anak tirinya berusia 15 tahun. - Foto Zaman Huri Isa

Kontraktor didakwa rogol anak tiri

KOTA BHARU: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua tuduhan merogol anak tirinya pada 2014 dan tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pemdakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Peringat, lebih kurang jam 7 pagi, pada 9 Jun 2014.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Kuar, Bachok, kira-kira jam 7 pagi, pada Jun 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun serta tidak lebih 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 29 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berita Harian X