Isnin, 25 Disember 2017 | 11:40pm
WARGA warga Kemboja, Fatimah Mohamad maut selepas kereta PROTON Wira yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan membabitkan PROTON Iswara dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina di Kilometer 65 Jalan Kuantan Segamat petang tadi. - Foto Ihsan PDRM

Wanita Kemboja maut kemalangan 3 kereta

PEKAN: Seorang wanita warga Kemboja maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 63 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, petang tadi.

Fatimah Mohamed, 57, disahkan maut dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, yang membabitkan PROTON Iswara dinaikinya, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dan PROTON Wira.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, berkata kejadian berlaku apabila MPV dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun, yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Segamat terbabas dan memasuki laluan bertentangan menyebabkannya bertembung dengan PROTON Iswara dan Wira.

"Ia menyebabkan PROTON Iswara itu berpusing, manakala PROTON Wira terbabas di bahu jalan.

"Fatimah yang duduk di bahagian kanan tempat duduk penumpang belakang, maut manakala pemandunya, Arifin Yunus, 31, cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

"Dua lagi penumpang kereta PROTON Iswara iaitu Hajar Toklol, 72 dan Halimah Mahmood, 54, dari Kampung Sekukuh mendapat rawatan di Hospital Pekan.

"Mayat Fatimah dibawa ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat," katanya.

Amran berkata, sampel darah dan saringan air kencing pemandu tiga kereta terbabit juga dijalankan.

"Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X