Khamis, 7 Disember 2017 | 2:20pm
ONG Liang Seng, 50, maut apabila kereta dipandunya terbabas ke ladang kelapa sawit dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Yong Peng-Paloh, petang semalam.
ONG Liang Seng, 50, maut apabila kereta dipandunya terbabas ke ladang kelapa sawit dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Yong Peng-Paloh, petang semalam.

Lelaki maut kereta terbabas ke ladang sawit

KLUANG: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas ke ladang kelapa sawit di Kilometer 36 Jalan Yong Peng-Paloh, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Ong Liang Seng, 50, maut di lokasi kejadian berikutan cedera parah akibat tersepit dalam kereta Toyota Camry yang remuk.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kluang menuju ke Paloh.

"Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke ladang kelapa sawit di sebelah kanan menghala ke Paloh.

"Kereta mangsa dipercayai menghentam pokok kelapa sawit berikutan kesan remuk, selain mangsa turut tersepit dalam kenderaan berkenaan.

"Mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohamad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyeb 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X