Rabu, 6 Disember 2017 | 4:27pm
SEBUAH bas ekspres terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng. - Foto ihsan PDRM

SEORANG wanita berusia 43 tahun maut, manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan antara bas dan dua lori. - Fot ihsan PDRM

KEADAAN sebuah bas ekspres dua tingkat yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara sebelum Pusat Transformasi Bandar Gopeng awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

1 maut, kemalangan 3 kenderaan

GOPENG: Seorang wanita berusia 43 tahun maut, manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan antara bas dan dua lori di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

Dalam kemalangan pada jam 5.45 pagi itu, mangsa, Chan Kwai Fah, yang duduk di tempat duduk penumpang di tingkat atas bas, meninggal dunia ketika tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu lori kontena berusia 53 tahun beralamat di Taman Pengkalan Jaya, cedera parah,, manakala pemandu bas dan 10 penumpang serta pemandu lori, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata siasatan awal mendapati bas persiaran yang membawa 12 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kiri lebuh raya, dipandu lelaki berusia 52 tahun.

"Pada masa sama, sebuah lori kontena yang berada di laluan sama dan tidak dapat mengelak lalu merempuh belakang bas," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kong Soon berkata, susulan kemalangan itu, pemandu bas ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X