Jumaat, 24 November 2017 | 10:35am
PASUKAN Special Tactical Response dan Investigation Key Enforcers (STRIKE) dari Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) mengawal penagih dadah yang ditahan ketika melakukan serbuan di Bandar Puteri. - Foto Muhammad Sulaiman

ANTARA motosikal yang ditanggal oleh penagih selepas ditahan oleh pihak polis dan AADK dalam serbuan di Bandar Puteri. - Foto Muhammad Sulaiman
ANTARA motosikal yang ditanggal oleh penagih selepas ditahan oleh pihak polis dan AADK dalam serbuan di Bandar Puteri. - Foto Muhammad Sulaiman

Sarang dadah dalam semak diserbu

KLANG: Sekumpulan penagih yang sedang khayal dalam sebuah sarang penagihan dadah di sebuah kawasan semak berbukit di Bandar Puteri di sini, dikejutkan oleh serbuan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata, dalam operasi bersepadu antara pasukannya dan penguatkuasa Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), seramai 35 individu dipercayai penagih berjaya ditahan.

Katanya, turut ditahan dua individu dipercayai pengedar yang mengedar dadah jenis heroin kepada penagih berkenaan, selain 200 paket plastik lutsinar berisi dadah berkenaan seberat 300.23 gram dan dianggarkan bernilai RM8,000.

"Serbuan dijalankan di kawasan dipenuhi semak-samun dan berbukit di Bandar Puteri di sini. Ia mungkin dianggap selamat bagi ratusan penagih untuk mendapatkan stok dadah secara 'pandu lalu' sejak beberapa bulan lalu.

TAPAK pondok yang dijadikan tempat tinggal untuk 'operator dadah' sementara menunggu tokah dadah tiba di Bandar Puteri. - Foto Muhammad Sulaiman
TAPAK pondok yang dijadikan tempat tinggal untuk 'operator dadah' sementara menunggu tokah dadah tiba di Bandar Puteri. - Foto Muhammad Sulaiman

"Bagi memastikan ia selamat daripada diserbu pihak berkuasa, lokasi yang beroperasi 24 jam itu dikatakan turut dikawal beberapa individu sama ada pada waktu siang atau malam.

"Bagaimanapun, kekebalan 'port' itu tidak bertahan lama apabila diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Klang Selatan dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Utama Tindakan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) serta AAD menerusi Ops Sarang Bersepadu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, pasukan itu memasuki sarang penagihan itu kira-kira jam 6 pagi semalam ketika operatornya sedang tidur lena, manakala tangkapan dilakukan mulai jam 8.30 pagi.

Beliau berkata, dua individu dipercayai pengedar itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala 35 lagi individu diambil tindakan oleh AADK mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Berita Harian X