Rabu, 8 November 2017 | 9:07am
KEADAAN dua pikap yang bertembung berdekatan Kampung Rimba Panjang, Sungai Siput awal pagi tadi mengakibatkan seorang maut dan seorang parah. - Foto Ihsan Bomba
KEADAAN dua pikap yang bertembung berdekatan Kampung Rimba Panjang, Sungai Siput awal pagi tadi mengakibatkan seorang maut dan seorang parah. - Foto Ihsan Bomba

Seorang maut, dua pikap bertembung

SUNGAI SIPUT: Seorang maut manakala seorang lagi parah apabila dua pikap bertembung di Kampung Rimba Panjang, di sini, awal pagi tadi. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 1.10 pagi membabitkan Toyota Hilux dan Isuzu D-Max.

"Sejurus tiba di lokasi, kami mendapati pemandu dan penumpang Toyota Hilux tersepit.

"Mangsa yang duduk di kerusi penumpang maut di tempat kejadian, pemandunya pula parah. 

"Bagaimanapun, pemandu Isuzu D-Max hanya cedera ringan setelah tercampak keluar dari kenderaan dipandunya akibat rempuhan itu," katanya. 

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput dengan bantuan ambulans dan kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) jabatan itu. 

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.07 pagi," katanya.

Berita Harian X