Ahad, 5 November 2017 | 11:54am
PENDAKI Gunung Jerai yang terkandas akibat arus deras sungai di Pusat Rekrasi Air Terjun Titi Hayun berjaya diselamatkan. - Foto Ihsan Persatuan Rekreasi Daerah Yan

28 pendaki terkandas di Gunung Jerai selamat

GURUN: Seramai 28 pendaki Gunung Jerai diselamatkan pasukan bomba selepas gagal menyeberangi sungai berdekatan Pusat Rekreasi Air Terjun Titi Hayun, Yan akibat arus deras disebabkan hujan lebat, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kumpulan pendaki berkenaan diselamatkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Yan bersama agensi lain.

Komander Operasi BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuib, berkata 28 mangsa itu membabitkan 23 wanita dan lima lelaki berusia antara 24 hingga 61 tahun.

Katanya, mereka adalah kumpulan dari Kementerian Kesihatan negeri Perak yang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Jerai bermula sejak pagi semalam.

Fauzi berkata, operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa agak lama berikutan arus sungai kuat dan hujan lebat.

"Arus sungai deras di kawasan terbabit menyebabkan kami terpaksa menunggu sehingga hujan reda bagi menghampiri semua mangsa," katanya.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Yan, Jabatan Sukarelawan RELA daerah Yan dan juga ahli Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (REKEY) turut membantu operasi.

"Semua mangsa diselamatkan menggunakan jaket keselamatan untuk menyeberangi sungai dan operasi tamat sepenuhnya jam 4.30 pagi tadi," katanya.

Sementara itu, Presiden REKEY, Mohamad Firdaus Mohamad, berkata pendaki seharusnya mengambil pendekatan selamat dengan mendapatkan nasihat jurupandu arah tempatan.

"Jangan bergerak sendiri demi keselamatan. Juru pandu arah tempatan lebih arif dengan situasi kawasan di sini, malah sepatutnya aktiviti pendakian tidak boleh dilakukan ketika hujan lebat kerana akan menyebabkan arus deras seperti semalam," katanya.

Berita Harian X