Selasa, 31 Oktober 2017 | 12:08pm
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berucap ketika merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.- Foto Mohamad Shahril Badri Saali

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memalu gong ketika merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Turut hadir, Timbalan Menteri PPendidikan I, Datuk P.Kamalanathan (dua, kiri), Penasihat, Sosio - Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim (dua, kanan). Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Adzis Abas (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah), Datuk Sulaiman Wak.- Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Lapor SPRM cubaan 'Datuk Seri' sogok RM10,000 - TPM

KUALA LUMPUR: Anggota RELA yang mendakwa cuba disogok wang supaya menarik balik laporan polis kerana dikasari 'Datuk Seri', perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu perlu membolehkan SPRM menyiasat dakwaan terbabit kerana ia membabitkan cubaan menyogok untuk menutup kesalahan.

"Saya dukacita kerana dimaklumkan orang itu (Datuk Seri yang mengasari anggota RELA) cuba menawarkan RM10,000 seorang untuk menarik balik laporan polis bagi menutup kesalahan beliau.

"Ketiga-tiga anggota RELA itu harus membuat laporan kepada SPRM. Mungkin Datuk Michael Chong (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA) boleh membantu kita.

"Kementerian Dalam Negeri mendukung supaya siasatan rapi dibuat oleh Polis Diraja Malaysia dan SPRM, kerana ia kes berbeza supaya ia menjadi pengajaran kepada penerima anugerah yang tinggi pada usia rendah.

"Penerima (anugerah) harus tahu status sosial mereka amat dihormati tetapi jika hendak dihormati, mereka perlu menghormati orang lain sebelum memaksa orang lain menghormati dirinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai (IPGKBM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Abdul Adziz Abas dan Pengarah IPGKBM, Dr Maridah Alias.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid menegaskan, kerajaan tidak akan mengikut langkah Singapura mengharamkan dua pendakwah iaitu Ismail Menk, yang juga warga Zimbabwe dan Haslin Baharim atau Ustaz Bollywood dari Malaysia, daripada menjalankan aktiviti dakwah di negara ini.

"Di Malaysia, mereka tidak menyarankan sesuatu yang melanggar pemahaman kepelbagaian budaya dan agama sehingga menimbulkan ketegangan sosial, kaum dan agama.

"Malaysia berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan tidak berhasrat mengambil tindakan sama (Singapura) kerana tidak melakukan kesalahan," katanya.

Berita Harian X