Selasa, 31 Oktober 2017 | 9:32am
KERETA yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam tadi. - Foto Ihsan Pembaca
KERETA yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam tadi. - Foto Ihsan Pembaca

Maut tercampak dalam gaung

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas tercampak ke dalam gaung apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Muhammad Hafizuddin Jali, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Rudy Hortono Mohd Yasin, berkata pihaknya menghantar lapan pegawai serta anggota ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan kecemasan.

"Mangsa didapati terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih lima meter.

"Bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

"Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X