Rabu, 11 Oktober 2017 | 2:31pm
AZEMI meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menjalankan tugas. - Foto Ahmad Ismail
AZEMI meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menjalankan tugas. - Foto Ahmad Ismail
MANGSA dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat. - Foto Ahmad Ismail
MANGSA dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat. - Foto Ahmad Ismail

Meninggal dunia ketika memotong rumput

SEGAMAT: Seorang kakitangan penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR), meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menjalankan tugas berhampiran Balai Polis Buloh Kasap di sini, pagi tadi.

Mangsa, Azemi Ahamad, 51, dikatakan mengalami kesukaran bernafas dan mengadu sakit di bahagian dada ketika sedang memotong rumput di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan sekerja.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat, berkata mangsa yang dipercayai sesak nafas itu kemudian berehat di sebuah pondok bas sebelum terjatuh dan meninggal dunia.

"Sebelum itu, beberapa rakan sekerjanya, meminta mangsa duduk dan berehat di sebuah pondok menunggu bas berhampiran kira-kira jam 10.40 pagi.

"Namun, tiba-tiba dia rebah di atas lantai lalu dan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

KAKITANGAN Penguatkuasa Majlis Daerah Segamat (MDS) berada di lokasi mangsa yang rebah di atas lantai lalu dan meninggal dunia. - Foto Ahmad Ismail
KAKITANGAN Penguatkuasa Majlis Daerah Segamat (MDS) berada di lokasi mangsa yang rebah di atas lantai lalu dan meninggal dunia. - Foto Ahmad Ismail

Beliau berkata, pihak polis kemudian dimaklumkan berhubung perkara itu sebelum mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan laporan bedah siasat akan diperoleh dalam tempoh terdekat," katanya.

Berita Harian X