Sabtu, 7 Oktober 2017 | 2:08pm
LELAKI maut selepas kereta dipandunya merempuh jentera penggelek jalan di Lundu pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
LELAKI maut selepas kereta dipandunya merempuh jentera penggelek jalan di Lundu pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
JENTERA penggelek jalan yang dirempuh kenderaan mangsa. - Foto ihsan Bomba
JENTERA penggelek jalan yang dirempuh kenderaan mangsa. - Foto ihsan Bomba

Lelaki maut kereta rempuh jentera penggelek jalan

LUNDU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah jentera penggelek jalan di Kampung Selenggok di Jalan Sempadi-Lundu, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 8.20 pagi ketika Serald Michael, 29, yang memandu Mitsubishi Lancer dari arah Kuching ke Lundu, gagal mengelak jentera berat itu yang sedang digunakan untuk kerja pembinaan jalan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, dua wanita yang menumpang kereta berkenaan termasuk seorang warga Indonesia pula cedera.

LELAKI maut selepas kereta dipandunya merempuh jentera penggelek jalan di Lundu pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
LELAKI maut selepas kereta dipandunya merempuh jentera penggelek jalan di Lundu pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

"Pemandu kereta tersepit di dalam kenderaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Anggota kami terpaksa memotong kereta untuk mengeluarkan mangsa.

"Wanita Indonesia di kerusi penumpang hadapan cedera parah, manakala seorang lagi wanita di kerusi belakang cedera ringan. Mereka dihantar ke Hospital Lundu untuk rawatan.

Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.21 pagi sebelum menghantar tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu.

Berita Harian X