Khamis, 5 Oktober 2017 | 2:52pm
SEORANG dari dua mangsa yang ditembak dari jarak lebih kurang lima meter di kedai makan Lorong Pahlawan, Sibu. Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian.- Foto Harun Yahya
SEORANG dari dua mangsa yang ditembak dari jarak lebih kurang lima meter di kedai makan Lorong Pahlawan, Sibu. Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian.- Foto Harun Yahya

Dua maut ditembak

SIBU: Dua lelaki mati ditembak di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan, di sini, 12.15 tengah hari ini.

Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata mangsa berumur 47 dan 21 tahun.

Katanya, kedua-dua mangsa yang sedang makan dengan seorang wanita warga China tiba-tiba didatangi seorang lelaki

"Suspek terus melepaskan empat das tembakan ke arah kedua-dua mangsa menggunakan pistol.

"Saksi di tempat kejadian iaitu pemilik kedai kopi, memberitahu suspek datang seorang diri memakai topi kaledar, berjaket warna merah lengan panjang dan dipercayai melepaskan tembakan dari jarak kira-kira lima meter.

"Selepas itu, suspek terus melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan berdekatan," katanya kepada media di sini, hari ini.

Wanita warga China itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berita Harian X