Ahad, 1 Oktober 2017 | 3:14pm
SEORANG penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan kereta di KM 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pagi tadi - Foto ihsan PDRM
SEORANG penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan kereta di KM 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pagi tadi - Foto ihsan PDRM

Penunggang motosikal maut

HULU SELANGOR: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta mewah di Kilometer (KM) 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, dekat sini, pagi tadi.

Muhammad Syafik Mohd Nazri, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta mewah dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun yang dari arah Batang Kali gagal mengawal kenderaannya lalu memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang datang dari arah Genting Highlands itu pula dikatakan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mewah itu menyebabkan dia tercampak ke dalam longkang dan meninggal di tempat kejadian.

KERETA mewah terbabit dalam kemalangan di KM 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
KERETA mewah terbabit dalam kemalangan di KM 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata akibat rempuhan, motosikal mangsa rosak teruk manakala Porsche itu hanya remuk di bahagian sisi kanan selain pecah cermin sebelah pemandu.

"Pemandu Porsche itu cedera ringan, luka di tangan kanan.

"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X