Sabtu, 30 September 2017 | 2:11pm
KEADAAN motosikal dan kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 45.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di Hulu Selangor pagi tadi. Foto ihsan PDRM

Motosikal kuasa tinggi bertembung kereta, penunggang maut

HULU SELANGOR: Seorang penunggang maut selepas motosikal berkuasa tingginya bertembung sebuah kereta di Kilometer 45.5, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi, mangsa Muhammad Nur Syazwan Mohd Zamri, 21, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki ZR800 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata mangsa cedera parah di kepala selepas dipercayai bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz 230E.

"Mangsa yang datang dari arah Batang Kali ke Rawang cuba memotong sebuah lori.

"Kemudian, datang kereta Mercedes dari arah bertentangan dan merempuh mangsa dari arah hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Bak Phai berkata, kedua-dua pemandu dan penumpang Mercedes hanya cedera ringan.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X