Jumaat, 29 September 2017 | 11:52am
KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampiran Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kira-kira 7.15 pagi tadi.

4 maut kemalangan treler, kereta

GUA MUSANG: Empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta berhampiran Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kira-kira 7.15 pagi tadi.

Difahamkan empat mangsa yang maut itu adalah pasangan suami isteri dan dua anak mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.34 pagi.

KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampiran Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kira-kira 7.15 pagi tadi.
KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampiran Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kira-kira 7.15 pagi tadi.

Beliau berkata, sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, usaha mengeluarkan mangsa itu mengambil masa lama kerana terpaksa memotong kereta yang remuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja menyelamat mangsa masih diteruskan dan identiti mangsa belum diketahui.

Berita Harian X