Khamis, 28 September 2017 | 12:58pm
CAMERON HIGHLANDS 28 SEPTEMBER 2017. Kebakaran kilang pemprosesan kotak di Jalan Ulu Ringlet,Ringlet yang mengorbankan seorang mangsa warga Bangladesh. NSTP/IHSAN BOMBAEFFENDY RASHID
CAMERON HIGHLANDS 28 SEPTEMBER 2017. Kebakaran kilang pemprosesan kotak di Jalan Ulu Ringlet,Ringlet yang mengorbankan seorang mangsa warga Bangladesh. NSTP/IHSAN BOMBAEFFENDY RASHID
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa kebakaran warga Bangladesh di kilang pemprosesan kotak di Jalan Ulu Ringlet,Ringlet. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa kebakaran warga Bangladesh di kilang pemprosesan kotak di Jalan Ulu Ringlet,Ringlet. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa kebakaran warga Bangladesh di kilang pemprosesan kotak di Jalan Ulu Ringlet, Ringlet. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa kebakaran warga Bangladesh di kilang pemprosesan kotak di Jalan Ulu Ringlet, Ringlet. - Foto Ihsan Bomba

Pekerja Bangladesh rentung dalam kebakaran kilang kotak

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam kebakaran sebuah kilang pemprosesan kotak di Jalan Ringlet, dekat Ringlet di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi, mayat Md Hanip Kazi, 36, ditemui di bawah timbunan zink dan besi katil di asrama pekerja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet, Muhamad Haziq Hazmi, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 pagi.

Katanya sebaik tiba 20 minit kemudian, kilang yang berkeluasan 0.4 hektar sudah terbakar 100 peratus.

"Anggota bomba menggunakan aliran pili air terbuka bagi memadam kebakaran dan api berjaya dipadamkan pada jam 7.30 pagi," katanya ketika dihubungi.

Muhamad Haziq berkata, siasatan awal bomba mendapati kilang itu terbakar 100 peratus dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Katanya, anggota bomba dimaklumkan seorang mangsa lelaki tidak keluar dari kilang sebelum seorang pekerja menunjukkan tempat terakhir mangsa dilihat.

Berita Harian X