Selasa, 26 September 2017 | 11:12am

4 ahli Geng Pak Su dituduh ikut SOSMA

ALOR SETAR: Ketua Geng Pak Su, Johari Ariffin, 35, dan tiga orang kanannya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Semua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku salah dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan ke atas mereka secara berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Selain Johari dari Taman Hosba di Changlun, dekat sini, tiga lagi tertuduh ialah Norazif Ahmad, 37;  Shahadan Salim, 38 dan Rosidi Aziz, 35, yang juga orang kanan Geng Pak Su.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su antara tempoh 1 Januari 2015 sehingga 30 Ogos lalu.

Anggota polis mengiringi empat anggota 'Geng Pak Su' yang didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan terbabit kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu. Semua tertuduh termasuk Johari Ariffin, 35, atau Pak Su didakwa mengikut Seksyen 12 Akta-Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta-Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias, manakala Johari, Shahadan serta Rosidi diwakili peguam Jay Moy Wei Jiun dan Norazif diwakili peguam Faisal Rahman.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta SOSMA 2012 dan menetapkan sebutan semula pada 26 Oktober depan.

Sementara itu tinjauan BH mendapati seramai 30 anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) lengkap bersenjata mengawal semua tertuduh dan sekitar ruang legar Mahkamah Sesyen 2.

Berita Harian X