Isnin, 25 September 2017 | 4:58pm
KETUA Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin. - Foto Hazsyah Abdul Rahman
KETUA Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin. - Foto Hazsyah Abdul Rahman

Wanita warga tua maut dirempuh kereta

SANDAKAN: Seorang wanita warga tua maut dirempuh kereta ketika melintas jalan raya dalam kejadian di Batu 6, Jalan Utara, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Leong Siew Thai, 64, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Duchess of Kent.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, mangsa dipercayai berlari melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua Kenari yang dalam perjalanan dari arah Indah Jaya ke politeknik, Batu 10.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata kemalangan berlaku di tengah lorong sebelah kiri jalan menuju ke Batu 6.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau meminta saksi yang melihat kejadian berkenaan agar tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi talian 089-242254.

Berita Harian X